April 6, 2012

Sahabat sejati?


They will be by my side when I cry
I am blessed because they always shine before me
Forever hugging each other



Assalamualaikum *warming up huwarghhh*

Tahuuu tak entry kali ni kita nak update apa? Sila angguk kalau tahu. 

Okay cemgeni ah, tahu tak sebenarnya sahabat dengan kawan tu satu perkara yang berbeza? Tahu kan? 
Kalau saya, better pilih sahabat ladi dari kawan. Emm. Bak kata org kekadang kawan ni boleh jadi lawan. Tah, bagi saya mungkin ada kebenarannya. Mungkin jugak tak. Biar kawan seribu tapi sahabat biar satu. Update entry ni sambil dengar lagu sesedih otomatik nak nangis *lap air mata
Jangan salahkan kawan kita tu kalau dia sanggup backstab kita dari belakang. Jangan. Mungkin kita juga ada lakukan perkara yang buat dia sakit hati dengan kita. Who knows. Cukup sekali kita kena backstab dgn dia. Cecuba beralih arah cari sahabat yang baik? Bukan saya kata jangan kawan dengan kawan awak yg pernah bakstab awak tu. Tapi elak dari rapat dengan dia mcm sebelum ni. Awak cari sahabat yang baik sure hidup awak happy. Bukan sebab dia hanya pandai menceriakan awak tapi mungkin juga dia boleh membimbing awak ke arah kebaikkan. Awak nak tak? Nak kan kan? *sila angguk kepala. Bagi saya satu ja prinsip yang saya pegang sekarang ni "Saya hanya nak sahabat yang baik. Nak berkawan dengan orang yang baik. Tapi biar orang nak berkawan dengan saya sebab saya punya kebaikkan. that's all :)" 

"Nabi s.aw. bersabda : seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu dan jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu."


Kesimpulan hadis : 

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik. Contohnya, orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan/lelaki kita pun akan jadi kaki perempuan/lelaki dan sebagainya. Kawan kita tu keluar malam kita pun akan keluar malam.


I am blessed because they always be by my side
All of their smile has helped me endless time
Thank you thank you Best Friend





Salam  Sayang 
Anis



No comments:

Post a Comment