April 24, 2013

Second time drive!

I miss my blog very much! Ah, long time no update anything. Busy sangat sekarang ni. Dengan study lah, extra class lah memacam lagi la kan. Aku tetiba terminat lagu "REFLECTION by Christina Aguilera" taktau ah nak cakap cemana tapi sumpah best. Bila dengar ja lagu ni i will keep repeat peat peat.




Nak tahu best ketidak uolls dengar sendiri kay. Kay stop cakap pasal lagu ni. Nak cakap pasal lain laks, ekceli i sangat teruja nak cerita pasal ni. Aku plan dengan pikah, amni, dieyna and meera lepas habis sekolah weoolss nak pergi Alor Star Mall sebab dah mengidam sangat nak cool blog in plus nak makan hot crispy apa tah tu kan. Lama sangat ni tak makan. Kalau tidur konpom ah termimpi. Sungguh! So iolls tanya ah "ramai ramai ni nakgi ngan apaa? naik vroom vroom mana celuih (muat)" So pikah said "pikah bawak keluar kereta" Weolls cem "Yeay!" *sorak tanda kemenangan* Lepas balik dari sekolah semua balik rumah pikah. Tetiba dengan hibanya takda transport. Co cedddddd.  Hahah so semua tengok amni sambil cakap "Amni bawak keluar kereta la nah?" Sebab rumah amni yang paling dekat dengan rumah ieka. Amni pun mcm "aaaa, aku try aaaa" Hahaha

Finally kitaorang pun keluar la tapi Amni yang drive. So jeeeyeahh. Tapi time kami semua nak naik kereta id already cupp nak duduk dekat sit depan. Kuang kuang, nampak tak i gila air-cond dan gila kuasa? Haha BIG BOSS! Tewowww aaa amni drive. Power gila. Cool ja dia drive. Tetiba hujan so kami macam malas ah nak pergi AS.Mall kan. Jauh satu hal. Nanti "jemm" bila orang balik kerja. So we decided to go to City Plaza. Pergi tu pun just makan-makan dekat food court and balik. Balik tu I asked amni nak drive. And amni cakap okay jakgi dekat dekat nak sampai. Aku tau aa dia mcm "eee dia ni boleh drive ka? ketaa akuuu tu nanti. aieee" Hahaha then dah nak dekat smpai rumah id try to drive. Yeah boleh drive boleh drive. Cool cool. And time nak kona (belok) tu the most part aku ta reti. Aku mcm ish ish cena ni weh nak kona cemana. Haha theyollss semua cakap pusing la stereng tu smpai habis! I mcm okay okay finally berjaya jugak tapi tetiba ada kereta lalu. Ish dok ketaq dah ni. Mamcam mana ni sipi (dekat) sangat dah ni dengan kereta tu. Aku pun buat mcm teror drive. Drive ja buat mcm teror sangat. "DUM" aku dah glurp glurp telan ayaq liuq dah ni. Buat dont know jaaaa jalan terus. Kawan-2 aku kata "weh anis hang langgaq side miror dia" aku dengan selamba "ya aku tau" hahahhaha terus gelak kuat-kuat and ketaq sangat-sangat terus suruh amni drive. Hahahahahhaha nasib weh nasibbbbb orang tu tak saman ka apa. Dia pun buat taktau padahai kereta dia, aku dah langgaq. Hahaha Alhamdulillah. Time tu dah takut dah. Hahaha



Moral of the story : Kalau adik adik nak drive tolong bagi teror dulu kay baru drive jangan jadi cams akak anis. HAHA




February 21, 2013

Bestfriend.


When we first talked to each other, I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing, and I'll be here for you my girls to the end. You girls will listen if i have problem and help dry the tears from my face. Take away my sorrow and put happiness in its place. We can't forget the fun we've had. Laughing till our faces turn blue. Talking of things only we find funny. People think we're insane, if they only knew! I guess this is my way of saying thanks for catching me when I fall. Thanks once again for being such good friends and being here with me through it all.



5 is better than nothing. Best friends are people you know you don’t need to talk to every single day. You don’t even need to talk to each other for weeks, but when you do, it’s like you never stopped talking. We're always together, we're one of a kind, 3 words describe us 'partners in crime' Hehee love you the queens♥ wish us best of luck, best of joy, best of prosperity, best of happiness and every best of 2014 ahead. Xoxo~







December 26, 2012

Normal thing babe

with my aunt. 
Assalamualaikum.

Perghhhhhh firstly aku pandai edit blog. First time ni weh. Selalunya orang yang tolong editkan untuk aku. Tapi sekarang aku dah pandai edit sendiri. Cantik gila. Fuyooo!!!  Tolong tepuk tangan sikit untuk aku. Sorry ahh aku cem eksited gilaaa kot weh. Oyeah oyeah. Penat weh nak edit blog. Tambah lagi orang yang tak mahir cems aku kan. Memang berpeluh peluh jugak lah. Ok tipu ja :p Aku suka snap lot of pictures tapi yang masaklahnya aku suka delete and aku tak pandai ambil gambar sendiri, so kalau piergi jenjalan memana mesti aku kena bawak someone jugak untuk snap gambar aku. So bad. Hmph. Kalau  blog orang lain gambar berderet deret dalam satu entry but me only one and two's. Wakaka pity me. 


This is my school shoes. Cute kan kan? Tahun depan tahun terakhir aku pakai kasut sekolah. So lepasni adik adik yang nak kasut barbie akak ni, calling calling la akak kay? Hahaha. Ummi said "Setakat kasut lawa, tapi mengaji tak lawa tak best jugak laaa" Terasa aiii tauu. Tahun depan dah exam. Sebenarnya aku tak ready lagi, yelah weh. Sebelum ni mana aku belajar perd, sc, dan SENI! OMGG. Seni tu weh, mana aku pandai weh nak lukis lukis bagai, dah ah sekali lukis bagai nak rak kena lawa kalau tak memang takdapat A la weh. So bila aku pndah sekolah, yes I have to study all that subjects. So inilah keputusan akhir tahun aku. Teruk gilaaaa!!!!! *tarik rambut*



PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

BI: 58 (C+)
BM : 61 (B)
MATEMATIK: 50 (C)
PENDIDIKAN ISLAM: 80 (A)
PERDAGANGAN: 70 (B+)
PENDIDIKAN SENI: 70 (B+)
SEJARAH: 68 (B)
SAINS: 50 (C)



November 27, 2012

Happy Birthday To Me

                   

    Alhamdulillah, finally, I already turn to sixteen (7.11.2012).  Aku rasa makin cantik tapi aku rasa aku tua pun ada. Maklumlah muka aku ni kan matured. Ada kebaikkan dan ada keburukkan muka nampak matured. Kebaikkan dia susah nak kena buli dan keburukkannya kadang kadang orang tengok  macam DAH KERJA!!! Hahah. Whateverrr *jeling* so aku nak cerita lah apa yang jadi time birthday aku. Malam tu tepat ja pukul 12 malam, aku terus pegang phone. Dalam hati "ada tak orang nak wish birthday aku?" tobat pulon, sungguh! Lepastu pergi check facebook dengan twitter pulak. Hahah over kan aku ni? Tapi hampa jangan buat main ramai kot wish birthday aku, tak terkira. Dekat 10213918361282129 orang jugak. Okay sila percaya. Please........Semua pakat text wish, aku apa lagi weh. Dengan muka tak malunya mintak hadiah. Wakaka. Tapi hadiah hadiah yang aku dpat tu semua depa yang ikhlas nak bagi okay. Buka I paksa. Betoi weh sumpah tak muhong hampa. Ngeh ngeh ngeh *gelak syaitoonn* Pagi tu abah kejut "bangun anak dara, sampai pukul berapa nak tidur? HB. Jakgi abah topup dekat kakak" Aku rasa macam dekat syurga! Hahah terus aku bangun dengan muka cerianyaaa sambil nyanyi lagu happy birthday dekat diri sendiri. Umi pulak time tu dah pergi kerja, cikgu memang kena masuk kerja awal. Tu yang taksyiok jadi cikgu. Dok rasa umi lupa dah birthday aku, sebab tak wish apa apa pun. Sobs sobs. Tapiiiiiiii bila ummi balik rumah...................dia bawak turun kek dari kereta, i was likeeeeeeeeeeeee OMG benci tau. Hahah lepastu ummi cakap cepat potong kek. Aku pun dengan muka eksited try la potong tapi silap potong, so cake tu dah jadi tak cantik. Honestly weh, aku memang tak pandai potong kek. Aku tak reti. Susah kot. Hahah.
Yang paling best bila umi bagi Quran Pelangi. Dah lama aku nak Quran tu. Alhamdulillah finally dapat juga. InshaAllah aku akan guna Al-Quran tu selagi aku hidup. Aku akan manfaatkan Al-Quran ni sebaik mungkin. Semoga Al-Quran ni dapat jadi saksi aku untuk hari akhirat nanti yang aku selalu gunakan 'dia'. InshaAllah


       Terima kasih umi, abah, kakak dan adik-adik, finiey, natul, abby dan jugak kak intan and kak ummu sebab bagi hadiah! Thankyouuuuu guys. And thankyou all for the sweet birthday wishes. Thankyou so much. May Allah guides us trough our hard times and prevent from any harm and grant us a bountiful blessed life xoxo ~

October 28, 2012

Kahwin Mood



           Senarnya ini muka saya mintak penampar. Lupakan lupakan. Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita. Tapi kalau cerita banyak pun buat macam ada orang nak baca. Pulon yuolsss. Hmmm, lately ni banyak sangat orang tweet dekat twitter pasal kahwin, pastu sedara pun ada yang nak kahwin, dekat TV pun orang tunjuk pasal kahwin? Ashakskjkl! Saya taksuka  tengok orang kahwin! Sangat tak suka. Sebabnya saya akan menangis bila tengok orang kahwin. Takisah ah in my real life or even in TV and whatsoever. Saya benci! Raya first kan dekat astro ada tayangkan "RAIKAN CINTA" the owner of Fashion Valet tu, tunjuk Vivi's and her husband Fadza punya marriage. Auwh so sweet. Ya Rabbi Ya Kareem. I can't stop crying and wipe my tears. Sobs sobs. Senarnya tak focus sangat pasal sweet ka apa ka, but here comes the responsibilities after being husband and wife. After the words "SAH". Being married actually, we are the halfway towards the Jannah and thats what makes it so wonderful. But  remember marriage is not a race. It is a journey. And being in love and being married are two different thing. Tak perlu lah cari lelaki kaya dan handsome sangat. Sederhana cukup. Tapi perlu untuk cari lelaki yang beragama who can guide us to Allah's Jannah. Kalau dah dapat lelaki kaya, handsome, beragama lengkap pakej tu, Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Saya pun kalau boleh nak "pakej lengkap" tu. But i know, nobody's perfect. So, ikut kepada nasib dan takdir. Ingat, kita boleh ubah takdir. Ubah takdir dengan berdoa dan berusaha. InshaAllah kita akan dapat apa yang kita nak. Wah, maaf terberfalsafah pulak. Buat macam diri sendiri dah ada pengalaman kahwin kan. No its actually not. Benda ni kita dengar bila Abah bagi tips to my cousin who will get married soon. InshaAllah.



   P/S : Anis, inshaAllah you will find your amazing guy one day. Just keep pray toAllah SWT for give you the best ever man. Ameen Ya Rabb. 

October 26, 2012

Happy Eidul'Adha

 

       Semakin hari semakin rajin pulak aku nak update blog ni. Oh well kebelakangan ni banyak cecita menarik untuk dikongsikan. Gozip gozip gelszzz gitu. Okay senarnya hari ni raya en, tapi aku rasa cem tak raya pun. Yelah, balik dari semayang raya terus balik rumah. Tak pergi mana mana. Rugi ah beli jubah memahai pestu cecantik pakai untuk duduk dekat rumah. Ini sangat tak adil. Bencilah.  Tapi kalau yuollss bagi kita duit raya konpom semangat raya ada balik. Lagipun sekarang ni duit raya sekupang pun tak dapat lagi. How sad am i. Mesti makcik/pakcik dekat luar sana mesti duit dah habis untuk buat korban kan? Ehehehe. Takpa. Kita faham. *meratap nasib*. Pestu raya kali ni kakak tak raya sama sama. Sedih ada, happy ada. Hahah happy sebab rumah ni tak bising dengan suara dia. Eaooww kalau dia cakap hujung kampung dengaq baqqq hampa. Bukan apa sebab adik adik dia tak dengar cakap. Ah, pestu ritu dia ada call, dia cakap nak belikan kita Iphone 4S. Weeeheeoo. Dia boleh tanya nak warna hitam ke putih? Like seriously? OMG *duckface* heehe tapi taktahulah dia belakon atau niat ikhlas nak bagi sempena birthday i 7.11 ni. Yuolsss jangan lupa wish dengan bagi hadiah k. Alololo cuk cuk. Sorry gambar baju raya takda, sebab sekarang ni aku tengah pakai treksuit dengan tshirt semata mata. I rasa dah macam tak raya. So sad. Apa apa pun saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk muslimin dan muslimat. Semoga Allah bertambah sayang :)

October 23, 2012

Perlu diet ataupun tak?



  "Anis, awat makin berisi ni?" lepastu "Anis awak berisi sangat ni? Bahagia ka pindah sekolah?" Okay tu apa yang kawan kawan aku cakap lepas kami jumpa. Aku rasa macam nak bagi dia makan kasut ja, waa sangat sansiatipp oooo sapa kata wa gemok. Wa sakit. Sakit hati. K sorry lidah terbelit. Hahah so fikir fikir balik mana tak gemuk kan. Aku ni siang pagi petang malam makan ja kerja aku. Makan makan makan makan. Non stop! Pantang sangat jumpa makanan. Taktau kenapa jadi macam jatuh cinta dekat makanan. Kalau dulu selalu jugak petang petang pergi kuak lentang kuak lentang (swimming) tapi sekarang balik ja dari sekolah katil yang aku nampak. What should I do. I penat. Penat study bakhang. Sekarang aku abaq ampa nah berat aku 45, pehtu lengan aku berisi, peha berisi. Jeans pun ketat pi dah. Haih. Misi aku sekarang nak kurus 42. Adakah berjaya ataupun tidak? Cehhhhhhhh, nak kurus apanyaaa, selagi dok makan tidur makan tidur macam kerbau. Memang takkan dan tak akan kurus. So sekarang ni, start harini aku akan mula diet, bersenam dan sebagainya sampai ah kawan kawan aku cakap "Wahh, anis dah kurus?" Tak kisah tak kisah! Yang penting aku nak kurus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kalau aku dah berjaya turunkan berat badan aku ni, akan ku kongsi petua petua kesliman aku ni dan petua kecantikanku ini. Muahaha bajett. Macam cunsssssssss sangat nak share petua kecantikkan -.- Wish me luck yuolsss. Toce toce. 

finiey, abby, me and nazy 
                                            

October 5, 2012

Dear October




I just realized that I love roses so much.
Hai, Happy October everyone. I hope this month will be a better and meaningful month for me. Hoping October's will be better than September's. Like everyone else, I have my own October wishes. But let's just it keep between me and Allah. It's been a very hard journey for me. Deep inside my heart, I hope all my wishes comes true. Ameen Ya Allah. But, I believe everything happens for a  reason. I trust in Allah. Keep reminding that Allah is the best planner. Yes, He is the best. Sometimes not everything can be describe by words and sometimes not all words can describe by situation. So I choose to remain silent because for me its hard to describe anything. With prayer everything will be easier. InshaAllah. Everything happens had been predetermined by Allah, we have to accept it. 



September 29, 2012

If only if




 Ah, I dont know how to describe all the memories that I've been trough. I loves all my memories. If only if time can turn back. But nvm, memories can be keep in our heart. It will remain and keep remain in there. Only Allah knows. So sweet right? Umi always told me "Treat people kindly, close to everyone especially Allah. He's the one who with you 24/7. Never leave you.  Loves everyone. Be nice to them. Just be nice dont trust. You can trust them but dont trust too much, even your bestfriends. Cause one day you'll might be hurt or be betray. Be careful.


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah. Padahal kami Senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (Baqarah: 30). 

September 16, 2012

Experience and dream


Assalamualaikum. Well, it's been for a long time i didin't update my blog. So.......this is my experience about this Eid'ul Fitri. Raya dalam keadaan sakit. Sakit mata. First sakit mata sebab kena gigit dengan 'chali' binatang yang boleh buat orang perempuan naik gila. Binatang tu kalau dia gigit boleh lekat parut petah lagi dekat muka. Memang tak senang duduk ah heheh. Alhamdulillah everything was turn back to normal. Orang datang beraya bukannya puji baju raya cantik tapi "eh mata kena apa anis?" tapi takpa ah fofular sikit en hari raya tu till my parents friends asked about my eyes. Hihih.



Oh, do you have dreams? I mean anything. Dream about your future, love and so on. Its wonderful right? Yes it is. So whats your dream? I am a normal person who loves to dream. My dreams is to be a good daughter so they will proud to have me as their daughther. I want to travel around the world. I want to see His creation so that I will always grateful, thankful and yah for sure I will never stop thank you to Him for everything that He gave. I also hope that my unknown future husband is 'soleh', rich, handsome, polite and respect his mother very much. Im sure girls out there want the same. Em yah I also want to become a good wife and a mother to my 2 sons and 2 daughters, so I would have pairs. InshaAllah. I want to have a house with a swimming pool,  garden filled with flowers, a beautifully decorated home with pink roses wallpapers and a happy family ever after. InshaAllah. Amin Ya Allah. 



It is not wrong to keep and have a dream. Cause in the end, the matters is you. It's is your life, your choice. It's up to you. Eveything is in yourself.  Like my parents always told me "If you try you will success, and remember Allah will help who wants to try'  Have faith, believe in your dreams. Put some effort. Keep on praying, praying, praying. If Allah will, it will happen.

July 21, 2012

Memories comes and go







Assalamualaikum. Sungguh hati aku berat nak tinggalkan Smk Convent. Lagi berat hati aku nak tinggalkan kesayangan kesayangan (The Queen's) aku. Sumpah aku tak sanggup. Salah aku jugak. Aku yang sungguh sungguh nak tukar sekolah lepas habis PMR. Sekarang bila dah dapat takkan aku nak tolak. Memang aku kalau boleh takmau tukar, takmau pindah. Tapi abah dengan ummi suruh sangat aku pindah. Aku pindah jugaklah. Setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak dia kan? Dalam hati aku, 'bila aku dah pindah sekolah nanti, aku kena cari kawan baru, kena biasakan diri di sekolah baru.' Sebelum sebelum ni semua cikgu kenal aku disebabkan perangai aku. Cikgu cikgu convent semuanya baik dengan aku. Aku tahu diorang nampak gembira tapi diorang sedih kehilangan aku. Ahaks. Tapi nanti? Ada ka cikgu yang nak ambil berat pasal aku? Yang kenal aku? It was very ungrateful of me for saying that I wish I could turn back the time. But I know as Muslim, I should have and put my my whole faith in Allah. Hmmm. Finiey, natul, abby, azreen, there's isn't a day that goes by that I dont miss you girls. Sometimes, the hardest part is letting go our memories. Jangan berlakon tak sedih depan aku. Aku tahu semua sedih kan? Mira, diyana  aku ingat ayat ni sampai bila bila "Weh, anis janganlah pindah, nanti kelas sunyi macam dulu. Nanti kami rindu hang macam mana? Wuu balik satgi kami nak nangis ah" Aaalla kecoh ah. Aku pindah sekolah ja kay. Kita still boleh jumpa. Uhuks. Aku janji aku akan ingat kenangan kita semua. Kenangan kelas 4 Dedikasi. Teacher Beh told me "Oh so this is the last time lah i jentik tangan you? Sure i will miss you. If only i know early you nak pindah mesti jentik lagi sakit biar ingat kenangan ni"  I think its the time to let go everything. Aku janji weh kita kawan sampai bila bila. Aku sedih tapi aku pendam. Aku menangis dalam hati. Aku nak tunjuk aku kuat. Cewah ayat. Kring............The bell was rang. Aku tengok jam pukul 2.40 so semua berebut rebut galas beg sebab nak balik rumah dah. Part paling sedih. Aku menangis, finiey, abby, natul, mira dengan diyana nangis. Aku rasa macam 'O' MY ALLAH! Sayang jugak diorang dekat aku' *buat muka gedik* Kami pun berpeluk pelukan. Sedih ah kan, nasib takda lagu hindustan ja. Kalau ada lagi nangis hapa sampai keluar hingus meleleh leleh yukssssssss. Hari ahad, dalam sejarah first time jejak kaki ke Bahiyah. Jalan jalan sampai kelas aku. Aku ketuk pintu tok tok, lepastu aku jadi macam budak bodoh ja, sebab taktau nak cakap apa. Weh aku dapat tempat depan weh. Oh, aku dapat jumpa one of my bestfriend masa sekolah rendah balik. Salwa dia. Makin cun bak hang. Jelous hakuh. Tapi, tahun ni aku kena puasa dengan kawan kawan baru. Bukan lagi dengan kesayangan kesayangan aku. Rindu sangat. Kadang-kadang kalau ada aktiviti apa-apa dekat sekolah, mesti aku menangis. Aku sedih. Sebab suasana dia tak sama macam dekat convent. Kalau dulu apa apa aku dengan finiey, natul, abby, azreen tapi sekarang dengan orang lain. Aku dengan kawan kawan baru aku, aku jadi lain. Aku jadi orang baru bukan diri sendiri. I dont know why, I dont know what happen to me. Redha please. Uhuks *lap hingus*  














June 4, 2012

I want my life. I want 2011 back!

Assalamualaikum. Saya berikan salam ini penuh dengan kasih sayang. Harap ada yang menjawabnya dengan penuh kasih sayang juga. Saat aku membuat entry ini, aku sendiri tak tahu apa tujuan aku yang sebenarnya. Aku sendiri pun tak kenal siapa diri aku.



Like everyone else, I'm blown away by the beautiful melody and lyrics of  'One Thousand Years' I love those song so much. I agree it is a beautiful song. At the same times, its hard for me to explain my situation by words, and to express it I will listen to the sad song which suits well with my feelings. Anyway all I want this year, this month, this day, this time is to let go my yesterday. Move on with what I have today. No more 'sad song' playing.


Keluarga saya yang bahagia. Abah : Berbaju putih yang kacak lagi bergaya
dan si cantik ummi yang bertudung hijau

Aku masih ingat pesan abah 'belajar rajin-rajin, bukan untuk abah tapi untuk masa depan awak' Tapi aku masih buat endah tak endah dengan pesanan abah. Bagi aku 'hidup untuk enjoy' aku lupa kalau nanti aku yang merana. Aku yang hidup susah. Waktu aku sudah besar, pasti abah sudah dimamah usia. Tak mungkin abah masih mampu untuk bekerja semata mata untuk menyara aku? Cukuplah abah dah bersusah payah untuk besarkan kami adik beradik sehingga sekarang. Jadi aku nekad dalam hati aku nak buat ummi, abah dan keluarga aku bangga dengan aku. Aku nak buktikan dekat abah aku juga mampu berjaya sebagaimana orang lain berjaya. Orang lain boleh? Kenapa tidak aku? InshaALLAH abah. I will make you proud one day. Aku juga punya cita-cita apatah lagi impian. Aku harap dapat hadiahkan sebuah rumah untuk ummi dan abah. Aku juga mahu mereka berehat seperti aku tatkala aku sudah mempunyai kerjaya yang besar. Aku tak sanggup dilabel sebagi anak tak kenang jasa dan derhaka. Aku taknak dan takmahu.
"And the most important thing i've learned is to never hurt your parents feelings because in life we need blessings of our parents in everything we do" 



Hidayah. You know? Friendship never ends.


Korang tahu? Kami rapat sangat dulu. Sampai orang ingat kami 'bercinta' padahal tak. Aku dengan dia kawan baik, Macam belangkas tahu? Semua masalah aku, dia yang pertama tahu. Aku akui aku sedikit cemburu bila orang lain berkepit dengan kawan baik aku. Tapi aku manusia biasa. Takboleh nak hindarkan perasaan itu. Maafkan aku. Dia juga selalu care pasal aku. Selalu juga on the phone dengan aku, super savers bagai. Ibarat aku ni kekasih hati dia dan dia cinta hati aku. Aku selalu merajuk dengan dia. Mungkin kerana aku lebih muda dari dia ataupun aku lebih comel dari dia. Itu aku taktahu, Perihal result SPM dia. Aku nak sangat tanya berapa result SPM dia. Tapi aku taknak dilabel sebagai busy body memandangkan aku dan dia tak serapat dulu. Aku tahu siapa diri aku. Mungkin ini suratan untuk aku dan dia. Mungkin juga ini yang terbaik untuk aku dan dia. Andai itu takdirNya aku redha. Aku sayang dia. Jujur dari hati aku.
"Whenever i cry, i tell myself  : this is life Anis, we can't always have the sun shining every day. You cant have a rainbow without a little rain. Someday you'll taste the happiness again. Allah has a better plan for you. Stop crying and remember the faith of Allah"
  


Now I understand why memories can be painful

I wish i could see what I had to go trough. I wish I could turn back time, but sadly, the only things I can do now is flashback our memories with tears. Before, I used to do it with a smile on my face and laughter.  But i realized it has already ended, its over between us and then I continue to cry. Aku juga akui aku buat entri ini dengan hati yang sebak dan juraian air mata. Tiada apa yang perlu aku sembunyikan. Semuanya jelas. Tapi keluarga, tambah tambah ummi dan abah selalu buat aku bahagia. Jadi aku tak rasa kekurangan walaupun aku rasa kehilangan. Aku juga sudah nekad untuk membuat ummi dan abah bangga dengan aku. 

Sekian sudah entri untuk kali ini. Mungkin entri kali ini entri aku yang paling sedih. Mungkin juga bagi aku dan tidak bagi kalian. Wassalam ~

Salam  Sayang 
Anis





May 31, 2012

Characteristics of my future spouse?




Characteristics of a future spouse? Although it is impossible to foretell what is going to happen in the future, there are some areas in which we can lay the foundation for happiness. A good example is a marriage. In this spite of this, i believe that since Allah commanded us go by two's, male and female. I have faith that i will meet someone who is dependable, honest and fun. The first quality that Iwould look for is definitely dependability. If I were to share my life with a person, i woul1d definitely want to be sure that he is a trustworthy man whom i can always rely on. If he were irresponsible, it would be near impossible to try to build a life together. It is also imperative that my future husband is a honest man, honesty is especially vital in a relationship because both parties must be sure that they can be trusted. Imagine a situation where both parties are suspicious of each other and are constantly trying to spy on the other person, it would be a miserable relationship!! By nature, I am a happy go lucky person who enjoys a good laugh once a while. If I have to spend the rest of my life with a man who finds it difficult to see the fun in life, then I would feel like a bird in an extremely small cage being unable to unfurl my wing to fly. When I think of my future husband, I think of someone with a good sense of humor and a ready laugh. It will be someone who would see the bright side matters instead of getting unnecessarily bogged down by problems. So I just hope that Allah will give the best future spouse for me. I  really hope that. Amin :')











Salam  Sayang 
Anis



April 6, 2012

Sahabat sejati?


They will be by my side when I cry
I am blessed because they always shine before me
Forever hugging each other



Assalamualaikum *warming up huwarghhh*

Tahuuu tak entry kali ni kita nak update apa? Sila angguk kalau tahu. 

Okay cemgeni ah, tahu tak sebenarnya sahabat dengan kawan tu satu perkara yang berbeza? Tahu kan? 
Kalau saya, better pilih sahabat ladi dari kawan. Emm. Bak kata org kekadang kawan ni boleh jadi lawan. Tah, bagi saya mungkin ada kebenarannya. Mungkin jugak tak. Biar kawan seribu tapi sahabat biar satu. Update entry ni sambil dengar lagu sesedih otomatik nak nangis *lap air mata
Jangan salahkan kawan kita tu kalau dia sanggup backstab kita dari belakang. Jangan. Mungkin kita juga ada lakukan perkara yang buat dia sakit hati dengan kita. Who knows. Cukup sekali kita kena backstab dgn dia. Cecuba beralih arah cari sahabat yang baik? Bukan saya kata jangan kawan dengan kawan awak yg pernah bakstab awak tu. Tapi elak dari rapat dengan dia mcm sebelum ni. Awak cari sahabat yang baik sure hidup awak happy. Bukan sebab dia hanya pandai menceriakan awak tapi mungkin juga dia boleh membimbing awak ke arah kebaikkan. Awak nak tak? Nak kan kan? *sila angguk kepala. Bagi saya satu ja prinsip yang saya pegang sekarang ni "Saya hanya nak sahabat yang baik. Nak berkawan dengan orang yang baik. Tapi biar orang nak berkawan dengan saya sebab saya punya kebaikkan. that's all :)" 

"Nabi s.aw. bersabda : seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu dan jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu."


Kesimpulan hadis : 

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik. Contohnya, orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan/lelaki kita pun akan jadi kaki perempuan/lelaki dan sebagainya. Kawan kita tu keluar malam kita pun akan keluar malam.


I am blessed because they always be by my side
All of their smile has helped me endless time
Thank you thank you Best Friend





Salam  Sayang 
Anis



March 16, 2012

Allah understands our prayers


Apa yang saya buat dan lakukan itu hak saya. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Solat yang paling utama, tunaikan yang wajib dahulu. Yang wajib. Jikalau yang wajib kita tak mampu buat mcmana kita nak buat yang sunat? Jangan lupa berdoa pada Sang Pencipta. ""Allah understands our prayers even when we can't find the right words to say them." Berdolah kerana Allah tahu apa yang kita mintak. Doalah supaya hati kita sentiasa dilimpahi nikmat dan hidayahNya. Hidayah milik Allah. Tapi kita perlu mencari dan berusaha. Merintih kepada Allah supaya hati kita polos kembali seperti bayi. Secantik cantik akhlak adalah akhlak Rasulullah S.A.W. Sayangkan baginda jadi contohi sifat sifat baginda yang mulia itu. Kita sama sama lakukannya. Sama sama. Orang lain hanya mampu memberi nasihat tapi kita sendiri yang perlu berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan diri'  Bahagia di dunia hanya sementara. Hanya di akhirat bahagia itu kekal abadi. Perbaikilah diri sebelum terlambat. Ya. Kiamat dan ajal kita semakin hampir. "Jangan menyangka, ajal menyapa hanya tika tua. Pabila Dia berkata 'ya', sesaat tiada kebelakang ia. Tiada mengira bersedia, tiada". 


"Surah al-Munafiqun : ayat 11~ Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. "





Salam  Sayang 
Anis








March 5, 2012

Rugi kalau tahun baru pemikiran masih di takuk lama!







Perubahan itu perlu. Kejar bahagia akhirat bukan kerjar bahagia dunia. Jangan tunggu hidayah Allah sedangkan kita tak berusaha untuk mencarinya! Tahun baru mesti ada azam baru kan? Tapi kasihan pada sesiapa yang mempunyai azam baru tapi tidak pernah berniat nak melakukannya! Susah untuk berubah menjadi seorang yang baik. Sekali mahu berubah sekali perasaan malu menyapa. Jangan malu! Malu biar bertempat. Kalau kita tak pasti diri baik cuba berubah lagi jadi baik. Selagi kita mencuba dan cuba insyaallah Allah bantu. Ingat! Semakin hari umur semakin bertambah semakin kita dekat dengan kematian dan kiamat semakin hampir dengan kita. Bila lagi kita nak mulakan itu? Mulakan sekarang. Jangan takut. Cuba menjadi seorang yang berani. Berani mempertahankan berani mencuba berani dalam segala galanya. Jangan di akhirat nanti kita dikumpulkan dengan syaitan yang berjaya menyesatkan kita!




Salam  Sayang 
Anis





February 15, 2012

pentingnya kejujuran dalam sebuah persahabatan ;)

Ahh sudahh kenapa kenapa saya buat entry ni? Jangan tnya banyak. Shtt diam diam tutup mulut. Tutup mulut ja mata jgn tutup nanti nak baca cemna? Ah sudahh. Haaha lately ni kan saya tgk ramai org update status pasal kwn makan kwn la and so on. Oh my ada jugak eh org mcmtu. Blurp telan air liur. Haha alah sebenarnya tiada isitilah kawan makan kawan ni. Cuba kalau kita. Kita lah kan kita kita ni sentiasa jujur dalam setiap perhubungan? *kejip kejip mata* bukanlah couple ja kena jujur apa ni in friendship pun perlu what. Kenapa perlu? Sbb bila kita jujur dgn kawan/sahabat kita takdaknyee nak ada tikam tikam ni nyahh oi. Haha ni tak yg satu kutuk yg ni, yg ni kutuk yg tu. Ahtuuu tk baik tau yuuuuu. Cuba kalau tkpuas hati berdepan cakap elok elok bincang apa yg patut diperbaiki. Tu kan senang? Tak gaduh ada isitilah makan ke minum kawan ke. Kan kan kan? 'Apa lg yang ada didalam persahabatan jika bukan kepercayaan?' Nah itu maksud saya. Kalau tiada kepercayaan apa gunanya sesuatu perhubungan. So ada otak kan? Pikirrr ahh sendiri. Mak aih ganasnya bahasa daku. Hehee mintap maap yeeeawak awak sekalian. Saya harap yang mana terbaca entry saya kali ni yang tengah berperang baik baik ah balikkk weh tksyiok tgk awak awak gaduh. Hm syaitan suka tau org yang bergaduh sesama sendiri. Ingat jangan gaduh melebihi 3 hari kay? Berdosa youuu I tkot :( jangan pernah putuskan silatirahim. Merajuk manja manja sudahla lepastu baik ah balik shake shake hand balik mcm org nak akad nikah tu kan :p lerh marah mmg marah sapa tkmarah kan bila dpt tau kwn kutuk kawan. Tapi itu biasalah adat kehidupan. Tipulah kalau tkpernah org kutuk kutuk ni. Kita bukan Nabi. Nabi tkpalah maksum. Maafkanlah mereka. Saya pun pernah gaduh what dengan kawan kawan. Kalau nak ikutkan hati yg marah ni saya pun nak gaduh and tkmau baik smpai bila bila dah tp fikir positif la. Pekara kecil nak dibesarkan? Seronok lah syaitan bertepuk tangan tegedi gedi terloncat loncat kegembiraan sbb umat Islam bergaduh. Haiyaaaaa. Kay la saya harap entry saya kali ni dapat memberikan manfaat kepada semua. Syukran. Jazakum Allah khyar ;)



"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri." (Riwayat Imam Muslim)

Salam  Sayang 
Anis



February 10, 2012

Bila bercinta suka bila putus kecewa






Lily kenapa kau menangis? Kau sakit ke? Tanya Salwa kepada lily. Eh manada aku tak sakit pun tapi aku sedih. Aku sedih sbb dapat boyfriend yang macam Syamil tu. Jawab Lily sambil menangis teresak esak. Ala kenapa? Kau dah break dgn dia ka? Dengan muka penuh persoalan Salwa bertubi tubi menanyakan soalan kepada Lily. Hm ya dah break. Aku tak kuat Awa, aku tak kuat. Kau tau kan aku dengan dia mcmana dulu? Semua org cakap kami ni loving couple. Aku selalu cerita masalah aku dekat dia lepas ni aku nak cerita dekat siapa? Dia ja faham aku. Tapi kenapa dia tinggalkan aku? Apa aku ni tak cantik ka? Lily menangis lagi dan terus menangis. Lily bangun dari katil lantas memeluk tubuh Salwa. Salwa membalas erat pelukan lily sambil mengusap usap belakangnya agar dapat mereda dan memberi sedikit ketenangan kepada lily. Sambil mereka berpeluk,

Salwa mula bercerita kepada lily. Lily kau tahu? Aku dulu pun pernah merasakan apa yang kau rasa. Sakit lily sakit sangat. Allah sahaja yang mengetahui betapa sakitnya perasaan dan hati. Orang yg kita sayang pergi tinggalkan kita. Aku menangis siang dan malam. Aku lupa lily, aku lupa. Aku lupa bahawa jodoh itu rahasia Allah. Aku lupa semua tu. Salwa dia sektika. Lalu dia menyambung kembali. Kau tau lepas tu aku buat apa lily? Aku mula sedikit demi sedikit. Aku teringat akan kata ibu "jika dia telah ditakdirkan bukan untuk menjadi jodoh kita, walau ada seribu tangan yang membantu, dia tetap bukan milik kita' aku kembali ke alam nyata dan berhenti menangis. Aku terus mendekatkan diri kepada Allah. Memohon keampunan keatas kehilafan diri ini. Lepas itu aku mencari buku buku agama. Aku terjumpa satu ayat bagi org yg putus cinta ni. Hmmm diam. Salwa? Kau sedih ke? Sambung lah cerita kau. Aku nak jadi kuat macam kau. Salwa menarik nafasnya perlahan lahan. Aku amalkan ayat ni 'maka ikhtiar bagi untuk melupakan kekasih adalah letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian baca ayat Allah mengahapuskan apa jua yang dikehendakiNya (Surah Ar-Ra'ad ayat 39) lepastu kau genggam tapak tangan dan buat isyarat membuangnya. Insyaallah dengan usaha Allah kau cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit. Tapi yang penting kau kena kuat dan jangan lupa dekatkan diri kau pada Allah. Allah yang menciptakan kau ucap salwa sambil mencubit pipi gebu lily. Ah taknak lah sakit tahuu kata lily sambil terseyum. Eh eh see kau dah boleh senyum tu? Ha tu maknanya kau kuat lily kata salwa. Akhirnya mereka berpelukan. Berpelukan di dalam satu pelukan yang erat. Pelukan 'sahabat'.

Haa nahh itulah ceritanya. Cerita ini hanya rekaan semata mata. Tiada kena mengena bagi yang hidup atau yang mati.

"Lalu dikatakan kepadanya: "Sebutlah nama insan yang paling kamu kasihi, nescaya kesakitanmu itu akan hilang." Sebutlah "Ya Muhammad (صلى الله عليه وسلم)."



Salam  Sayang 
Anis





February 8, 2012

saya bersyukur org benci saya ;)


Nampak macam gua artis hindustan dak? 


Saya bersyukur bila ada orang bencikan dan tak sukakan saya.

Itu bermaksud, saya manusia normal. Bukan malaikat, bukan Tuhan. Saya makhluk Allah yang penuh dengan kebusukan dosa.

Orang benci, biasalah tu. Senyum dan doakanlah dia.

Bukan silap dia nak benci kita, mungkin silap nafsu dan bisikan syaitan buat dia bencikan kita. :)

Nah, berfikirlah dengan tenang. Kita pun bukanlah baik sangat kan? ;)


Salam  Sayang 
Anis


December 25, 2011

Tips kecantikan

Perempuan ni dia kena jaga kulit muka kayy, kalau tk jaga alamak jerawat naik lah kan? Biasalah perempuan mempunyai kulit muka yang sensitif berbanding lelaki, yeelahh tgk perasaan perempuan bebanding lelaki. Perasa perempuan lebih cpt tersentuh kan? Hehehehehe :p okay siapa nak kulit muka kerlass gituu sng ajee

Tatap muka gueeeeee :p

1. Perempua mesti/wajib cuci muka, sbab kalau tk cuci habuk-2 yang tekena dlm kulit muka tulah yg kita ada jerawat. #kalau nak lebih berkesan, try guna pencuci muka beras. siriesllyy bekesan gila, and kalau nak beli boleh bgtw dkt anis, anis pnya cousin ada jual'

2. Lepas cuci muka, jgn lupa pakai toner yee, sbb toner dpt menutup pori-2 atau liang-2 roma kita dr habuk musk

3. Untuk hari siang, kena pky krim untuk siang, jgn tinggal langsung sbb dia nak mengelakkan muka kita dari tekena habuk

4. Malam kita wajib guna pelembap/krim malam, sbb time mlm tu muka kita nak berehat and time tu tranformasi muka nak jd cntik start hehehehehe

5.Kalau nk ikut cra tradisional, guna air beras. I mean lps basuh beras ada sisa air kt tngn tu sapu dkt muka. Bedak sejuk kalau rasa jerawat makin terok pakailah cmpurkan dgn air limau nipis skit perah-2 yee. Then nak bg kulit muka tegang guna telur putih and nk bg muka licin guna tomato.

Tapi kalau guna semua tu tkrasa ka mak/ummi/ibu/mama akan ckpp 'eh aku beli smua tu untuk masak, pky haponyee kt muka' hahaha msti lpstu kena beleter, so try cri satu produk yg sesuai dgn kulit muka kita tu untuk pakai siang dn malam.


Salam  Sayang 
Anis